Posted: under KRS.
Tags: KRS

Minggu nie , saya agak sibuk ngan aktiviti Kadet Remaja Sekolah(KRS),..disaat-saat akhir kerana dipilih sebagai jawatan kuasa kursus Kebombaan untuk KRS, maklum la bakal guru..jadi aktiviti ini menjadi modul untuk kami bagi ditauliahkan sebagai guru KRS sekolah. Semua ini penting bagi menyediakan diri kami guru-guru. Saya berharap segala yang dirancangkan dapat berjalan dengan baik, nampak semua ahli jawatan kuasa begitu semangat dan bersungguh-sungguh menjayakan kursus ini. Kalau rancangan berjalan dengan baik , mungkin kami guru-guru pelatih KRS akan dapat melawat balai bomba berdekat. Bagi sahabat semua, aktivit badan beruniform ini amat baik untuk murid-murid sekolah bagi mendedah kan kita kepada disiplin, dan aktiviti berfaedah. ok..
Mar 24 2008
Posted: under Personal.
Tags: Refleksi
Setelah beberapa saya tertangguh membuat blog ini dengan masalah-masalah teknikal, akhirnya saya melancarkan blog saya yang simple ini. Saya rasa puas kerana ini adalah blog saya yang saya hasilkan dengan Hosting dan domain yang saya beli sendiri. Dengan ini saya akan lebih bebas dan kreatif untuk mencorakkan keadaaan blog saya.
Dengan ini saya akan memperbaiki keadaan blog ini perlahan-lahan, walaupun nampak mudah..sebenarnya untuk menghasil kan sebuah blog merupakan satu fasa yang berbeza berbanding maintain blog. Untuk maintain blog kita memerlukan daya kreativiti yang baik untuk membuatkan pembaca berminat untuk membaca blog kita.
Dengan penuh semangat akan menulis dan menjadikan blog ini sebgai blog yang sentiasa segar dengan info dan rangsangan minda kita,..terima kasih..
Mar 22 2008