Posted: under ICT.
Tags: Wayang
Petang jumaat selepas solat jumaat, saya membuat keputusan untuk menonton cerita forbidden kingdom di wayang. Aktiviti petang yang tak dirancang sepenuhnya ini , membuat kan saya dan adik saya tiba di wayang pukul 4.00ptng dan kebetulan cerita itu baru sahaja 5 minit bermula. Lega..sekurang2 nya saya tak tertinggal aksi-aksi yang menarik.
Permulaan yang cerita yang lembab memaparkan budak mat saleh di USA yang gila kungfu ..membuatkan adik saya di sebelah tertanya..kita silap wayang ker? Memandangkan poster cerita ini memaparkan jackie chan dan jet Li sedang terbang membuat aksi kungfu. Nampak gaya nya sepanjang cerita ini , mamat saleh ini la hero nya.. jalan cerita yang simple jer mcm cerita karate kid versi baru jer ..membuatkan saya rasa kecewa. Pada kali ini aksi jackie dan jet li biasa jaa.. tiada pergerakan yang saya anggap kreatif, mungkin hero2 ini dah tua.. tapi tahniah kerana style kungfu yang dipapar masih tidak di dicemarkan dengan kesan effek melampau.
Overall saya rate kan citer nie sebagai 3 bintang daripada
5 bintang, ..huhu..sesiapa yang die hard fan untuk jackie dan jet li, boleh la menonton dipawagam
Apr 26 2008
Posted: under ICT.
Tags: Wordpress
Hari ini merupakan hari yang simple di disekolah, saya cuma duduk di kerusi sambil membuat kerja saya sendiriang . Sepatut nya saya membuat observation terhadap ikgu sains, tapi saya belum mempunyai satu motivasi yang cukup untuk pergi mejenguk kelas -kelas yang memang hinggar bingar tue. Esok mungkin saya akan gagah kan diri saya.
Bila saya bukak blog saya pagi ini..saya terdapat permintaan untuk mengupdate ka version wordpress saya nie kepada wordpress 2.5 , alamak dah lama sangat ker versi wordpress yang saya guna nie. baru 3 kali saya membuat entri kepada blog saya ini. Nampak nampaknya terpaksa la saya membuat versi baru bagi blog ini, kata orang untuk menghasilkan blog yang baik kita perlu menatang minyak yang penuh dan bagi masa yang cukup untuk blog kita. ok..
Apr 24 2008
Posted: under Personal.
Minggu lepas saya menjalakankan program berasaskan sekolah.. di sekolah berhampiran rumah saya. Program ini pada kali ini kami dibenarkan untuk menjalankan program ini di rumah. Ramai kawan-kawan saya yang bersemangat untuk pulang ke rumah masing-masing, bagi yang duduk di negeri jauh mcm kelantan dan johor mereka telah pulang sehari lebih awal. x sempat pun menghadiri Konvokesyen pada hari sebelumnya.
PBS ini memang relaks., kami just observer sekolah dan melihat guru-guru lain mengajar , disamping itu kami lihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang di jalankan . Sebagai guru sains saya membuat observation terhadap guru sains, saya belum masuk kelas lagi mungkin esok baru saya akan masuk kelas untuk lihat P&P untuk sains tahun satu.
Minggu lepas saya berpeluang untuk jadi hakim untuk pertandingan bercerita , antara markah di beri ialah atas intonasi, tempat berhenti, kelancaran mimik muka dan gaya. Tapi disebabkan persembahan cerita sekolah tahap 1 nie cuma 1 minit dan 30 saat jer ,x sempat kami hakim-hakim nak nilai semua tue jadi kami bagi markah secara umum sahaja . Kebanyakan masa sepanjang pertandingan itu guru-guru sibuk mengawal budak-budak saja..kesian juga guru-guru jugak.ha..ha mungkin tak lama lagi saya pun akan terjerit-jerit memarahi murid-murid.
ok disini dulu…
Apr 19 2008