Posted: under ICT.
Pagi nie saya terkejut sejenak bila menatap akbar harian tempatan kita, bila membaca berita berikutan kadar Inflasi 22% , bukan lah di negara kita tetapi di Vietnam , yang dikenali sebagai Mini China bagi investor-investor. Negara kecik asia tenggara ini memang sedang pesat membangun , banyak investor-investor yang x dapat nak melabur kat China beralih arah Ke Vietnam. Dengan kadar pesat sekarang nie tak pelik la kalau nanti kat negara tue semua pakai kereta Toyota Vios semua sebab banyak sangat barang import. Dengan kadar inflasi 22% saya agak dalam tempoh 1.5 tahun jer , semua harga barang akan berlipat kali ganda. Kat Malaysia nie bulan lepas jer kadar inflasi baru 3 % maknanya dalam 10-11 tahun baru la harga barang berlipat kali ganda. Hu..hu..hu bayangkan tiket wayang Iron Man 4 masa tue dah harga dekat RM20, dan sundae McDonal dekat RM7, dasyat kesan inflasi.. bagi semue nie ade tips sket untuk kurang kan inflasi kat negara kita , kempen Inflasi Sifar beb..
1.Beli barang time sale atau jualan Murah sahaja
Jangan jadi mangsa fesyen nak pakai barang ikut musim la, kalau nak beli pun beli lah time-time murah atau terlepas musim. Malaysia maner ader musim2 winter, summer spring tue semua musim hujan dan musim durian ader la.
2. Elakkan Membazir
Amalan membazir nie memang tak elok, bukan membazir warng . Paling baik untuk mengelak membazir duit ialah dengan membuat checklist barang bila nak pergi ke Hypermarket yang sangat menghayalkan
3. Cari warung, kedai, supermarket atau shopping complex yang menawarkan harga rendah dan paling penting ader tanda harga!
4. Buat tawar menawar
kalau boleh buat tawar menawar(jangan lakukan di Supermarket) buat la tawar menawar biasanya harga dikedai bukan lah fixed untuk satu-satu harga masih boleh runding mcm kata tauke,” wa boleh kasi murah ma…pilih saja”
5. Baikilah barang yang rosak jika lebih ekonomik,
kadang-kadang baiki barang -barang elektronik nie jadi lebih mahal kos nye dan lambat la pulak nak dapat guna , pepandai la kita judge kalau baiki ok ,kita baik, kalau tak…masuk tong
May 31 2008
Posted: under Wayang.
Baru-baru ini saya baru menonton filem Choronicle of Narnia: Prince Caspian, di Malaysia ia mula di tayangkan 15 Mei yang lepas. Kali Ini siri kesinambungan kisah-kisah narnia ini agak menarik… setiap saat terdapat aksi dan plot yang menarik, sangat berbaloi petang itu saya memilih cerita ini walaupun pada mula nya saya teringin benar menonton Iron Man.
Filem ini pada mulanya mengisahkan tentang Putera raja (Prince Caspian) yang bakal menjadi raja bagi rakyat Talmerinsm, berlaku perebutan kuasa di istana , yang menyebabkan prince caspian terpaksa lari dari istana dan meminta pertolongan masyarakat narnia yang pada mulanya dianggap satu dongengan rakyat. Disini 4 beradik Peter ,Edward, Susan dan Lucy terpanggil untuk membantu Kerajaan Narnia yang telah musnah dan membantu Prince Caspian mendapatkan tahtanya.. Overall saya bagi 3/5 bintang untuk filem ini yang semakin menarik..mungkin kisah-kisah berikut nya lebih mendebarkan.. Jangan lupa saksikannya dipanggung.

May 19 2008
Posted: under Personal, blog.
Dalam dunia kehidupan ini, kita berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan di sukai ramai. Kalau tidak pun mencapai standar yang sepatut nya.. bagaimana kita nak menetapkan semua ini..? jadi cara paling baik ialah kita mencontohi yang terbaik dalam bidang kita. Kalau bidang blogging ni ader banyak contoh problogger yang kita boleh pilih..tak kira mat saleh kita atau orang malaysia kita. So pandai-pandai la memilih.. yang terbaik, kalau kita silap pilih maka macam-macam hasil akan terjadi. Ada macam-macam tujian orang menulis blog ader yang mencari glamer, meluahkan perasaan , mencari keuntungan dan bagai lagi niat di hati yang saya sendiri tak dapat nak senaraikan disini… saya ikhlas menulis blog untuk berkongsi pendapat , luahan perasaan , idea baru dan sedikit keuntungan seperti problogger yang lain.
Bukan pekara mudah untuk membuat entree terbaru dalam blog, Bila saya melihat blog-blog rakan-rakan yang lain membuatkan saya teruja untuk membuat entree yang berkualiti dan bernas. Jadi saya minta maaf pada rakan yang membaca blog ini, melihat saya merangkak-rangkak menulis blog yang baik. Penulisan bukanlah bidang saya.., apa? bukan salah kalau saya nak mencuba kan…
May 02 2008