Pagi nie saya terkejut sejenak bila menatap akbar harian tempatan kita, bila membaca berita berikutan kadar Inflasi 22% , bukan lah di negara kita tetapi di Vietnam , yang dikenali sebagai Mini China bagi investor-investor. Negara kecik asia tenggara ini memang sedang pesat membangun , banyak investor-investor yang x dapat nak melabur kat China beralih arah Ke Vietnam. Dengan kadar pesat sekarang nie tak pelik la kalau nanti kat negara tue semua pakai kereta Toyota Vios semua sebab banyak sangat barang import. Dengan kadar inflasi 22% saya agak dalam tempoh 1.5 tahun jer , semua harga barang akan berlipat kali ganda. Kat Malaysia nie bulan lepas jer kadar inflasi baru 3 % maknanya dalam 10-11 tahun baru la harga barang berlipat kali ganda. Hu..hu..hu bayangkan tiket wayang Iron Man 4 masa tue dah harga dekat RM20, dan sundae McDonal dekat RM7, dasyat kesan inflasi.. bagi semue nie ade tips sket untuk kurang kan inflasi kat negara kita , kempen Inflasi Sifar beb..
1.Beli barang time sale atau jualan Murah sahaja
Jangan jadi mangsa fesyen nak pakai barang ikut musim la, kalau nak beli pun beli lah time-time murah atau terlepas musim. Malaysia maner ader musim2 winter, summer spring tue semua musim hujan dan musim durian ader la.
2. Elakkan Membazir
Amalan membazir nie memang tak elok, bukan membazir warng . Paling baik untuk mengelak membazir duit ialah dengan membuat checklist barang bila nak pergi ke Hypermarket yang sangat menghayalkan
3. Cari warung, kedai, supermarket atau shopping complex yang menawarkan harga rendah dan paling penting ader tanda harga!
4. Buat tawar menawar
kalau boleh buat tawar menawar(jangan lakukan di Supermarket) buat la tawar menawar biasanya harga dikedai bukan lah fixed untuk satu-satu harga masih boleh runding mcm kata tauke,” wa boleh kasi murah ma…pilih saja”
5. Baikilah barang yang rosak jika lebih ekonomik,
kadang-kadang baiki barang -barang elektronik nie jadi lebih mahal kos nye dan lambat la pulak nak dapat guna , pepandai la kita judge kalau baiki ok ,kita baik, kalau tak…masuk tong

ha…komen pasal ekonomi ni mmg bagus la..