Minggu lepas saya menjalakankan program berasaskan sekolah.. di sekolah berhampiran rumah saya. Program ini pada kali ini kami dibenarkan untuk menjalankan program ini di rumah. Ramai kawan-kawan saya yang bersemangat untuk pulang ke rumah masing-masing, bagi yang duduk di negeri jauh mcm kelantan dan johor mereka telah pulang sehari lebih awal. x sempat pun menghadiri Konvokesyen pada hari sebelumnya.
PBS ini memang relaks., kami just observer sekolah dan melihat guru-guru lain mengajar , disamping itu kami lihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang di jalankan . Sebagai guru sains saya membuat observation terhadap guru sains, saya belum masuk kelas lagi mungkin esok baru saya akan masuk kelas untuk lihat P&P untuk sains tahun satu.
Minggu lepas saya berpeluang untuk jadi hakim untuk pertandingan bercerita , antara markah di beri ialah atas intonasi, tempat berhenti, kelancaran mimik muka dan gaya. Tapi disebabkan persembahan cerita sekolah tahap 1 nie cuma 1 minit dan 30 saat jer ,x sempat kami hakim-hakim nak nilai semua tue jadi kami bagi markah secara umum sahaja . Kebanyakan masa sepanjang pertandingan itu guru-guru sibuk mengawal budak-budak saja..kesian juga guru-guru jugak.ha..ha mungkin tak lama lagi saya pun akan terjerit-jerit memarahi murid-murid.
ok disini dulu…

No comments yet.