Inflasi 22 % Fuhhyo..

Posted: under ICT.

Pagi nie saya terkejut sejenak bila menatap akbar harian tempatan kita, bila membaca berita berikutan kadar Inflasi 22% , bukan lah di negara kita tetapi di Vietnam , yang dikenali sebagai Mini China bagi investor-investor. Negara kecik asia tenggara ini memang sedang pesat membangun , banyak investor-investor yang x dapat nak melabur kat China beralih arah Ke Vietnam. Dengan kadar pesat sekarang nie tak pelik la kalau nanti kat negara tue semua pakai kereta Toyota Vios semua sebab banyak sangat barang import. Dengan kadar inflasi 22% saya agak dalam tempoh 1.5 tahun jer , semua harga barang akan berlipat kali ganda. Kat Malaysia nie bulan lepas jer kadar inflasi baru 3 % maknanya dalam 10-11 tahun baru la harga barang berlipat kali ganda. Hu..hu..hu bayangkan tiket wayang Iron Man 4 masa tue dah harga dekat RM20, dan sundae McDonal dekat RM7, dasyat kesan inflasi.. bagi semue nie ade tips sket untuk kurang kan inflasi kat negara kita , kempen Inflasi Sifar beb..

1.Beli barang time sale atau jualan Murah sahaja

Jangan jadi mangsa fesyen nak pakai barang ikut musim la, kalau nak beli pun beli lah time-time murah atau terlepas musim. Malaysia maner ader musim2 winter, summer spring tue semua musim hujan dan musim durian ader la.

2. Elakkan Membazir

Amalan membazir nie memang tak elok, bukan membazir warng . Paling baik untuk mengelak membazir duit ialah dengan membuat checklist barang bila nak pergi ke Hypermarket yang sangat menghayalkan

3. Cari warung, kedai, supermarket atau shopping complex yang menawarkan harga rendah dan paling penting ader tanda harga!

4. Buat tawar menawar

kalau boleh buat tawar menawar(jangan lakukan di Supermarket) buat la tawar menawar biasanya harga dikedai bukan lah fixed untuk satu-satu harga masih boleh runding mcm kata tauke,” wa boleh kasi murah ma…pilih saja”

5. Baikilah barang yang rosak jika lebih ekonomik,

kadang-kadang baiki barang -barang elektronik nie jadi lebih mahal kos nye dan lambat la pulak nak dapat guna , pepandai la kita judge kalau baiki ok ,kita baik, kalau tak…masuk tong

Comments (1) May 31 2008

Forbidden kingdom…

Posted: under ICT.
Tags:

Petang jumaat selepas solat jumaat, saya membuat keputusan untuk menonton cerita forbidden kingdom di wayang. Aktiviti petang yang tak dirancang sepenuhnya ini , membuat kan saya dan adik saya tiba di wayang pukul 4.00ptng dan kebetulan cerita itu baru sahaja 5 minit bermula. Lega..sekurang2 nya saya tak tertinggal aksi-aksi yang menarik.

Permulaan yang cerita yang lembab memaparkan budak mat saleh di USA yang gila kungfu ..membuatkan adik saya di sebelah tertanya..kita silap wayang ker? Memandangkan poster cerita ini memaparkan jackie chan dan jet Li sedang terbang membuat aksi kungfu. Nampak gaya nya sepanjang cerita ini , mamat saleh ini la hero nya.. jalan cerita yang simple jer mcm cerita karate kid versi baru jer ..membuatkan saya rasa kecewa. Pada kali ini aksi jackie dan jet li biasa jaa.. tiada pergerakan yang saya anggap kreatif, mungkin hero2 ini dah tua.. tapi tahniah kerana style kungfu yang dipapar masih tidak di dicemarkan dengan kesan effek melampau.

Overall saya rate kan citer nie sebagai 3 bintang daripada

5 bintang, ..huhu..sesiapa yang die hard fan untuk jackie dan jet li, boleh la menonton dipawagam

Comments (1) Apr 26 2008

Hari yang tenang…

Posted: under ICT.
Tags:

Hari ini merupakan hari yang simple di disekolah, saya cuma duduk di kerusi sambil membuat kerja saya sendiriang . Sepatut nya saya membuat observation terhadap ikgu sains, tapi saya belum mempunyai satu motivasi yang cukup untuk pergi mejenguk kelas -kelas yang memang hinggar bingar tue. Esok mungkin saya akan gagah kan diri saya.

Bila saya bukak blog saya pagi ini..saya terdapat permintaan untuk mengupdate ka version wordpress saya nie kepada wordpress 2.5 , alamak dah lama sangat ker versi wordpress yang saya guna nie. baru 3 kali saya membuat entri kepada blog saya ini. Nampak nampaknya terpaksa la saya membuat versi baru bagi blog ini, kata orang untuk menghasilkan blog yang baik kita perlu menatang minyak yang penuh dan bagi masa yang cukup untuk blog kita.  ok..

Comments (0) Apr 24 2008