Mencontohi yang terbaik

Posted: under Personal, blog.

Dalam dunia kehidupan ini, kita berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik dan di sukai ramai. Kalau tidak pun mencapai standar yang sepatut nya.. bagaimana kita nak menetapkan semua ini..? jadi cara paling baik ialah kita mencontohi yang terbaik dalam bidang kita. Kalau bidang blogging ni ader banyak contoh problogger yang kita boleh pilih..tak kira mat saleh kita atau orang malaysia kita. So pandai-pandai la memilih.. yang terbaik, kalau kita silap pilih maka macam-macam hasil akan terjadi. Ada macam-macam tujian orang menulis blog ader yang mencari glamer, meluahkan perasaan , mencari keuntungan dan bagai lagi niat di hati yang saya sendiri tak dapat nak senaraikan disini… saya ikhlas menulis blog untuk berkongsi pendapat , luahan perasaan , idea baru dan sedikit keuntungan seperti problogger yang lain.

Bukan pekara mudah untuk membuat entree terbaru dalam blog, Bila saya melihat blog-blog rakan-rakan yang lain membuatkan saya teruja untuk membuat entree yang berkualiti dan bernas. Jadi saya minta maaf pada rakan yang membaca blog ini, melihat saya merangkak-rangkak menulis blog yang baik. Penulisan bukanlah bidang saya.., apa? bukan salah kalau saya nak mencuba kan…

Comments (0) May 02 2008

PBS

Posted: under Personal.

Minggu lepas saya menjalakankan program berasaskan sekolah.. di sekolah berhampiran rumah saya. Program ini pada kali ini kami dibenarkan untuk menjalankan program ini di rumah. Ramai kawan-kawan saya yang bersemangat untuk pulang ke rumah masing-masing, bagi yang duduk di negeri jauh mcm kelantan dan johor mereka telah pulang sehari lebih awal. x sempat pun menghadiri Konvokesyen pada hari sebelumnya.

PBS ini memang relaks., kami just observer sekolah dan melihat guru-guru lain mengajar , disamping itu kami lihat keberkesanan kaedah pembelajaran yang di jalankan . Sebagai guru sains saya membuat observation terhadap guru sains, saya belum masuk kelas lagi mungkin esok baru saya akan masuk kelas untuk lihat P&P untuk sains tahun satu.

Minggu lepas saya berpeluang untuk jadi hakim untuk pertandingan bercerita , antara markah di beri ialah atas intonasi, tempat berhenti, kelancaran mimik muka dan gaya. Tapi disebabkan persembahan cerita sekolah tahap 1 nie cuma 1 minit dan 30 saat jer ,x sempat kami hakim-hakim nak nilai semua tue jadi kami bagi markah secara umum sahaja . Kebanyakan masa sepanjang pertandingan itu guru-guru sibuk mengawal budak-budak saja..kesian juga guru-guru jugak.ha..ha mungkin tak lama lagi saya pun akan terjerit-jerit memarahi murid-murid.

ok disini dulu…

Comments (0) Apr 19 2008

Permulaan

Posted: under Personal.
Tags:

Setelah beberapa saya tertangguh membuat blog ini dengan masalah-masalah teknikal, akhirnya saya melancarkan blog saya yang simple ini. Saya rasa puas kerana ini adalah blog saya yang saya hasilkan dengan Hosting dan domain yang saya beli sendiri. Dengan ini saya akan lebih bebas dan kreatif untuk mencorakkan keadaaan blog saya.

Dengan ini saya akan memperbaiki keadaan blog ini perlahan-lahan, walaupun nampak mudah..sebenarnya untuk menghasil kan sebuah blog merupakan satu fasa yang berbeza berbanding maintain blog. Untuk maintain blog kita memerlukan daya kreativiti yang baik untuk membuatkan pembaca berminat untuk membaca blog kita.

Dengan penuh semangat akan menulis dan menjadikan blog ini sebgai blog yang sentiasa segar dengan info dan rangsangan minda kita,..terima kasih..

Comments (1) Mar 22 2008