Forbidden kingdom…

Posted: under ICT.
Tags:

Petang jumaat selepas solat jumaat, saya membuat keputusan untuk menonton cerita forbidden kingdom di wayang. Aktiviti petang yang tak dirancang sepenuhnya ini , membuat kan saya dan adik saya tiba di wayang pukul 4.00ptng dan kebetulan cerita itu baru sahaja 5 minit bermula. Lega..sekurang2 nya saya tak tertinggal aksi-aksi yang menarik.

Permulaan yang cerita yang lembab memaparkan budak mat saleh di USA yang gila kungfu ..membuatkan adik saya di sebelah tertanya..kita silap wayang ker? Memandangkan poster cerita ini memaparkan jackie chan dan jet Li sedang terbang membuat aksi kungfu. Nampak gaya nya sepanjang cerita ini , mamat saleh ini la hero nya.. jalan cerita yang simple jer mcm cerita karate kid versi baru jer ..membuatkan saya rasa kecewa. Pada kali ini aksi jackie dan jet li biasa jaa.. tiada pergerakan yang saya anggap kreatif, mungkin hero2 ini dah tua.. tapi tahniah kerana style kungfu yang dipapar masih tidak di dicemarkan dengan kesan effek melampau.

Overall saya rate kan citer nie sebagai 3 bintang daripada

5 bintang, ..huhu..sesiapa yang die hard fan untuk jackie dan jet li, boleh la menonton dipawagam

Comments (1) Apr 26 2008