Sedikit coretan untuk ruangan ini, panggil saya “yon”. Untuk blog saya ini saya akan gunakan nick
‘Maximus 83” , Dan kalau dalam IC sekarang nie tahun 2007 saya dah berusia 25 tahun . Saya bekas lulusan universiti di ibunegara ,dalam bidang sains . 5 tahun di sebagai student ‘U’ bagi saya belum cukup mematangkan kan kita dalam kehidupan manusia nie. Bila kita keluar masuk ke alam pekerjaan, mcm-macam isu akan timbul dan kita mula menilai sesuatu pekara dalam konteks yang berbeza dari seorang student dan orang dewasa.
Anak comel dari 2 orang guru nie ….hee..he mempunyai 4 orang adik beradik, saya anak yang kedua , ada 2 adik lagi yang masih besekolah di bawah saya. Buat masa sekarang saya sedang mengambil siji komputer APTECH di Cosmopoint. Kenapa ambik sijil computer? Walaupun saya bidang sains , bagi saya bidang it ini
akan jadi bidang yang “BOOM” bila semua orang mesti dan wajib tahu mengoperasi kan komputer dan jugak dunia siber ini jauh berbeza dari kehidupan sekarang nie.
Blog saya ini akan memaparkan tentang pencapaian manusia, dan juga perjalanan kehidupan seorang manusia yang mempunyai cita-cita dan matlamat yang tersendiri. Bidang sains, teknologi, Komputer, ekonomi ,senantiasa menarik minat saya. Jadi kandungan blog saya ini mungkin datang dari ringkasan apa yang saya, baca, buat atau alami. Saya akan cuba jadi kan 5 minit berada di blog saya ini merupakan sesuatu saat yang informatif dan berharga kepada kawan2 semua.
Penulisan Bahasa melayu merupakan satu bidang yang asing bagi saya, semenjak UPSR saya mendapat 3 “A 1 B ..cuba teka aper yang “B “ tue dan pekara yang sama menghantui saya dgn 7A 1 B ..dan alamak “B” lagi..? jadi mintak maaf la kalau Bahasa Melayu tue agak ‘kureng” sket.
Kenapa saya menulis blog ini?
Jawapan yang nya saya jawab dengan persoalan .. kenapa kita mempunyai sejarah?sebab orang-orang sebelum kita bercerita dan menulis kisah-kisah mereka,maka bidang penulisan adalah benda yang penting dalam bidang sejarah. Dan saya rasa semua orang2 hebat kat dunia ni hebat kerana ader orang ynag menulis tentang mereka.. dan bercerita tentang mereka, dan kadang bergaya mcm mereka. Jadi saya rasa x ada orang akan menulis tentang saya, bercerita tentang saya dengan gaya yang saya suka dan bergaya seperti saya serupa mcm saya mengayakan diri saya sendiri!!
Ok..semua di sini dulu..selamat membaca blog.
